Selamat Datang ke Blog Kedai.Kom Kg. Kota...
PROPOSAL PROJEK KOMUNITI :
KEDAI.KOM KG. KOTA SEBAGAI HUB PEMASARAN ALTERNATIF PRODUK KOMUNITI
1. Pendahuluan
Projek Komuniti adalah suatu aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan yang mana melibatkan masyarakat atau komuniti
Projek komuniti yang akan dijalankan oleh Kedai.Kom Kg. Kota adalah mewujudkan sebuah laman web komuniti yang seterusnya akan memberikan manafaat kepada sosial, ekonomi dan politik masyarakat setempat.
2. Latar Belakang
Projek Komuniti ini akan dimulakan pada awal bulan September 2008. Ia adalah satu projek jangka masa panjang yang akan terus diberikan kesinambungan oleh generasi yang akan datang. Projek ini adalah hasil usahasama Kedai.Kom Kg. Kota dengan masyarakat komuniti setempat di bawah seliaan Sururhanjaya Komunikasi Malaysia ( SKMM) dan dibantu oleh Maxis dan Warisan Global dalam usaha melahirkan generasi barasaskan ICT .
Projek ini bertujuan memperkenalkan Kg. Kota yang mempunyai sejarah yang tersendiri, tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi dan mempunyai produk-produk yang boleh diperluaskan skop pemasarannya melalui kemudahan teknologi ICT.
Lokasi projek adalah di Kedai.Kom Kg. Kota sebagai hub untuk komuniti memasarkan produk-produk mereka. Hal ini berdasarkan keperluan dan kemudahan yang didapati memenuhi kehendak projek yang akan dijalankan.
Projek komuniti sebegini seharusnya diberikan galakan, bimbingan dan penambahbaikan yang berterusan oleh semua pihak agar dapat melahirkan sebuah komuniti ICT yang cemerlang.
3. Objektif
1. Memperkenalkan Kg. Kota melalui kemudahan ICT.
2. Mempromosi dan memasarkan produk komuniti kepada skop pemasaran yang lebih luas.
3. Menyahut seruan kerajaan melahirkan generasi berasaskan ICT.
4. Golongan Sasaran
Penduduk Kampung Kota, Sungai Keli dan Teluk Buloh yang ingin memasarkan produk-produk mereka.
Pengguna internet dari pelbagai golongan dan peringkat umur yang ingin mencari maklumat berkaitan Kg. Kota dan juga pelanggan yang ingin melanggani produk yang dipasarkan.
Selain itu, pihak berkaitan kerajaan yang ingin melakukan pemantauan mengenai prestasi dan kemajuan Kg. Kota juga turut menjadi sasaran projek ini.
9. Penutup
Projek Komuniti sebegini ( blog Komuniti) adalah suatu projek perintis bagi Kampung Kota untuk terus dan lebih maju seiring dengan perkembangan teknologi ICT kini.
Projek sebegini sewajarnya diberikan sokongan oleh pelbagai pihak dan perlu diteruskan kesinambungannya oleh generasi Kg. Kota yang akan datang.