Projek PPKR Fasa 4

Oh Palestinku...

Tuesday, November 11, 2008

PERLAKSANAAN PROJEK KOMUNITI : KEDAI.KOM SEBAGAI HUB PEMASARAN ALTERNATIF PRODUK KOMUNITI.


Projek Blog Komuniti ini masih dalam proses penyiapan ( pencarian data dan perbincangan dengan pihak berkaitan) dan semakin hampir ke proses akhir ( perasmian Blog )

Log Aktiviti

BULAN OGOS


25 Ogos : Kelas Projek Komuniti


- Makluman kepada peserta tentang projek Komuniti
- Pembelajaran subjek yang terdapat dalam modul 4
( Mengenal komuniti dan projek bayangan)

26 Ogos : Kelas Projek Komuniti


- Lantikan AJK
- Perbincanagan dalam kelas ( Projek bayangan)
- Sumbangsaran idea ( Pohon masalah & pohon peluang)
- Keputusan diambil berdasarkan persetujuan ahli iaitu
menjadikan Kedai.Kom sebagai hub pemasaran alternatif produk
komuniti.



BULAN SEPTEMBER


6 September - Menyediakan proposal projek komuniti.
- Mencipta blog laporan projek kmuniti.

13 September - Memasukkan proposal ke dalam blog laporan projek komuniti.

14 September - Mencari data-data perlu berkenaan projek komuniti

20 September - Memasukkan data-data teks ( laporan) dan gambar-gambar
aktiviti perjalanan kursus latihan ICT fasa 4 dan projek
komuniti.

21 Septemeber - Mengemaskini blog laporan projek komuniti.






BULAN OKTOBER



2 Oktober - Mencari dan terus mengumpul data-data perlu untuk projek
Komuniti : KEDAI.KOM SEBAGAI HUB PEMASARAN ALTERNATIF PRODUK KOMUNITI.

5 Oktober - Sama seperti diatas

9 Oktober - Mengemaskini blog laporan projek komuniti
( Log aktiviti, Perlakasanaan dan URL blog Komuniti Kg. Kota)

Monday, November 10, 2008

Pemasaran Produk dan perkhidmatan

Produk dan perkhidmatan yang akan dipasarkan dalam projek( Blog komuniti Kg. Kota) ini adalah produk-produk komuniti yang unik dan berpotensi untuk dipasarkan. Sebagai contoh perkhidmatan sewa sampan untuk tujuan memancing dan bersiar-siar.
Selain itu terdapat juga produk-produk yang lazim ditemui (contohnya : pasu bunga) akan juga dipasarkan tetapi terdapat keunikannya iaitu kadar harganya yang lebih murah dengan pakej tawaran yang menarik.

Antara produk dan perkhidmatan yang dikenali berpotensi setakat ini adalah seperti di bawah :-

Perkhidmatan

1. Sewaan sampan ( memancing dsb)
2. Kompang ( untuk sesuatu majlis rasmi)
3. Kedai.Kom ( Siber café )
4. Pemasangan Sistem keselamatan ( CCTV dlln)
5. Perkhidmatan Wiring


Produk Barangan

1. Lukisan dan Catan
2. Pasu Bunga
3. Tiang Roman
4. Benih Sawit
5. Produk perubatan




Fokus Utama Pasaran


Setiap produk yang dipasarkan mempunyai fokus pasarannya yang tersendiri ( skop kawasan) . Boleh dikatakan fokus utama pasaran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah di sekitar daerah Teluk Intan dan Sabak Bernam. Bagi kawasan lain yang berhampiran atau agak jauh mahupun di seluruh semenanjung adalah fokus sampingan pasaran. Namun terdapat juga produk yang berpotensi dipasarkan melebihi fokus utama iaitu seperti lukisan dan sebagainya.


* posting ini masih dalam proses penyiapan dan akan sentiasa dikemaskini untuk menyampaikan maklumat terbaru tentang produk dan perkhidmatan oleh komuniti.

Latar Belakang dan Objektif (Kedai.Kom)

Penubuhan kedai komunikasi rakyat yang dikenali sebagai “Kedai.Kom” merupakan satu inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah Program Pembangunan Komunikasi Rakyat (PPKR) untuk menyediakan kemudahan komunikasi serta meningkatkan ilmu dan kemahiran komuniti desa di dalam bidang IT. Adalah diharapkan agar usaha ini akan dapat menjana perkembangan ilmu serta pembangunan sosio-ekonomi rakyat setempat melalui pemanfaatan sepenuhnya kemudahan internet yang disediakan.

Senarai Tugas dan Tanggungjawap Pengusaha Kedai.Kom
Di dalam merealisasikan objektif PPKR, Pengusaha Kedai.Kom bersedia untuk melaksanakan tugas-tugas serta tanggungjawab seperti yang dinyatakan di bawah :-

• Memastikan keadaan di dalam kedai serta persekitarannya bersih dan kemas pada setiap masa.

• Mengawasi penggunaan kemudahan komunikasi yang telah disediakan seperti komputer serta peralatannya dan telefon awam agar tidak disalahgunakan oleh pengguna.

• Memastikan yang kesemua komputer, peralatan yang berkaitan dengannya serta telefon awam yang disediakan berada di dalam keadaan bersih, terurus serta sedia untuk digunakan pada setiap masa.

• Berusaha menjadikan Kedai.Kom sebagai sebuah tempat kegiatan komunikasi dengan memastikan bahawa Kedai.Kom dibuka pada waktu dan hari di mana ianya patut dibuka serta dengan memastikan yang kemudahan internet serta telefon awam yang disediakan berfungsi dengan baik pada setiap masa.

• Berusaha menjalankan aktiviti ekonomi berkaitan dengan komunikasi di Kedai.Kom seperti menyediakan kemudahan internet berbayar, menjual kad pra-bayar bagi telefon, menjual kad pra-bayar bagi internet, menjual telefon bimbit dan aktiviti-aktiviti yang berkenaan dengannya.

• Menjalankan promosi di kawasan sekitar bagi menggalakkan penggunaan Kedai.Kom.

• Menggalakkan komuniti setempat menggunakan teknologi internet bagi memasarkan serta mengiklankan produk tempatan.

• Memastikan bahawa tiada sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang atau kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral dijalankan di Kedai.Kom serta persekitarannya.

• Tidak membenarkan pelanggan menggunakan Komputer untuk bermain permainan komputer samada permainan berbentuk perjudian atau tidak.

• Membuat laporan kepada pembekal perkhidmatan seberapa segera, sekiranya terdapat sebarang kerosakan terhadap kemudahan yang disediakan seperti computer, peralatan komunikasi serta telefon awam.

• Pengusaha Kedai.Kom adalah bertanggungjawab untuk membayar kos penggunaan elektrik.

• Pintu hadapan Kedai tidak bercermin gelap supaya dapat dilihat dari luar. Ini bagi mengelakkan kegiatan yang tidak baik berlaku serta senang kawalan dilakukan.

Friday, October 17, 2008

Thursday, October 16, 2008

Projek Komuniti Kedai.Kom Kampung Kota




















Ketua Kumpulan
Nurul Izzah Bt. Ismail



















Setiausaha
Nurul Hasanah Bt. Salim






















Bendahari
Nurul Aziyah Bt. Mohamad


























Ahli Jawatan Kuasa Induk I
Nurul Hakimah Bt. Ismail





















Ahli Jawatan Kuasa Induk II
Siti Hajar Bt. Abdul hamid





















Ahli Jawatan Kuasa Induk III
Siti Nasoha bt. Abdul Rahman





















Pembantu Sukarela
Siti Mahfuzah Bt. Salim



Thursday, September 4, 2008

Selamat Datang ke Blog Kedai.Kom Kg. Kota...

PROPOSAL PROJEK KOMUNITI :

KEDAI.KOM KG. KOTA SEBAGAI HUB PEMASARAN ALTERNATIF PRODUK KOMUNITI



1. Pendahuluan


Projek Komuniti adalah suatu aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan yang mana melibatkan masyarakat atau komuniti

Projek komuniti yang akan dijalankan oleh Kedai.Kom Kg. Kota adalah mewujudkan sebuah laman web komuniti yang seterusnya akan memberikan manafaat kepada sosial, ekonomi dan politik masyarakat setempat.


2. Latar Belakang

Projek Komuniti ini akan dimulakan pada awal bulan September 2008. Ia adalah satu projek jangka masa panjang yang akan terus diberikan kesinambungan oleh generasi yang akan datang. Projek ini adalah hasil usahasama Kedai.Kom Kg. Kota dengan masyarakat komuniti setempat di bawah seliaan Sururhanjaya Komunikasi Malaysia ( SKMM) dan dibantu oleh Maxis dan Warisan Global dalam usaha melahirkan generasi barasaskan ICT .

Projek ini bertujuan memperkenalkan Kg. Kota yang mempunyai sejarah yang tersendiri, tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi dan mempunyai produk-produk yang boleh diperluaskan skop pemasarannya melalui kemudahan teknologi ICT.

Lokasi projek adalah di Kedai.Kom Kg. Kota sebagai hub untuk komuniti memasarkan produk-produk mereka. Hal ini berdasarkan keperluan dan kemudahan yang didapati memenuhi kehendak projek yang akan dijalankan.

Projek komuniti sebegini seharusnya diberikan galakan, bimbingan dan penambahbaikan yang berterusan oleh semua pihak agar dapat melahirkan sebuah komuniti ICT yang cemerlang.





3. Objektif

1. Memperkenalkan Kg. Kota melalui kemudahan ICT.
2. Mempromosi dan memasarkan produk komuniti kepada skop pemasaran yang lebih luas.
3. Menyahut seruan kerajaan melahirkan generasi berasaskan ICT.


4. Golongan Sasaran

Penduduk Kampung Kota, Sungai Keli dan Teluk Buloh yang ingin memasarkan produk-produk mereka.
Pengguna internet dari pelbagai golongan dan peringkat umur yang ingin mencari maklumat berkaitan Kg. Kota dan juga pelanggan yang ingin melanggani produk yang dipasarkan.
Selain itu, pihak berkaitan kerajaan yang ingin melakukan pemantauan mengenai prestasi dan kemajuan Kg. Kota juga turut menjadi sasaran projek ini.





9. Penutup


Projek Komuniti sebegini ( blog Komuniti) adalah suatu projek perintis bagi Kampung Kota untuk terus dan lebih maju seiring dengan perkembangan teknologi ICT kini.

Projek sebegini sewajarnya diberikan sokongan oleh pelbagai pihak dan perlu diteruskan kesinambungannya oleh generasi Kg. Kota yang akan datang.