Penubuhan kedai komunikasi rakyat yang dikenali sebagai “Kedai.Kom” merupakan satu inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah Program Pembangunan Komunikasi Rakyat (PPKR) untuk menyediakan kemudahan komunikasi serta meningkatkan ilmu dan kemahiran komuniti desa di dalam bidang IT. Adalah diharapkan agar usaha ini akan dapat menjana perkembangan ilmu serta pembangunan sosio-ekonomi rakyat setempat melalui pemanfaatan sepenuhnya kemudahan internet yang disediakan.
Senarai Tugas dan Tanggungjawap Pengusaha Kedai.Kom
Di dalam merealisasikan objektif PPKR, Pengusaha Kedai.Kom bersedia untuk melaksanakan tugas-tugas serta tanggungjawab seperti yang dinyatakan di bawah :-
• Memastikan keadaan di dalam kedai serta persekitarannya bersih dan kemas pada setiap masa.
• Mengawasi penggunaan kemudahan komunikasi yang telah disediakan seperti komputer serta peralatannya dan telefon awam agar tidak disalahgunakan oleh pengguna.
• Memastikan yang kesemua komputer, peralatan yang berkaitan dengannya serta telefon awam yang disediakan berada di dalam keadaan bersih, terurus serta sedia untuk digunakan pada setiap masa.
• Berusaha menjadikan Kedai.Kom sebagai sebuah tempat kegiatan komunikasi dengan memastikan bahawa Kedai.Kom dibuka pada waktu dan hari di mana ianya patut dibuka serta dengan memastikan yang kemudahan internet serta telefon awam yang disediakan berfungsi dengan baik pada setiap masa.
• Berusaha menjalankan aktiviti ekonomi berkaitan dengan komunikasi di Kedai.Kom seperti menyediakan kemudahan internet berbayar, menjual kad pra-bayar bagi telefon, menjual kad pra-bayar bagi internet, menjual telefon bimbit dan aktiviti-aktiviti yang berkenaan dengannya.
• Menjalankan promosi di kawasan sekitar bagi menggalakkan penggunaan Kedai.Kom.
• Menggalakkan komuniti setempat menggunakan teknologi internet bagi memasarkan serta mengiklankan produk tempatan.
• Memastikan bahawa tiada sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang atau kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral dijalankan di Kedai.Kom serta persekitarannya.
• Tidak membenarkan pelanggan menggunakan Komputer untuk bermain permainan komputer samada permainan berbentuk perjudian atau tidak.
• Membuat laporan kepada pembekal perkhidmatan seberapa segera, sekiranya terdapat sebarang kerosakan terhadap kemudahan yang disediakan seperti computer, peralatan komunikasi serta telefon awam.
• Pengusaha Kedai.Kom adalah bertanggungjawab untuk membayar kos penggunaan elektrik.
• Pintu hadapan Kedai tidak bercermin gelap supaya dapat dilihat dari luar. Ini bagi mengelakkan kegiatan yang tidak baik berlaku serta senang kawalan dilakukan.
Oh Palestinku...
Monday, November 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment