Projek PPKR Fasa 4

Oh Palestinku...

Monday, November 10, 2008

Pemasaran Produk dan perkhidmatan

Produk dan perkhidmatan yang akan dipasarkan dalam projek( Blog komuniti Kg. Kota) ini adalah produk-produk komuniti yang unik dan berpotensi untuk dipasarkan. Sebagai contoh perkhidmatan sewa sampan untuk tujuan memancing dan bersiar-siar.
Selain itu terdapat juga produk-produk yang lazim ditemui (contohnya : pasu bunga) akan juga dipasarkan tetapi terdapat keunikannya iaitu kadar harganya yang lebih murah dengan pakej tawaran yang menarik.

Antara produk dan perkhidmatan yang dikenali berpotensi setakat ini adalah seperti di bawah :-

Perkhidmatan

1. Sewaan sampan ( memancing dsb)
2. Kompang ( untuk sesuatu majlis rasmi)
3. Kedai.Kom ( Siber café )
4. Pemasangan Sistem keselamatan ( CCTV dlln)
5. Perkhidmatan Wiring


Produk Barangan

1. Lukisan dan Catan
2. Pasu Bunga
3. Tiang Roman
4. Benih Sawit
5. Produk perubatan




Fokus Utama Pasaran


Setiap produk yang dipasarkan mempunyai fokus pasarannya yang tersendiri ( skop kawasan) . Boleh dikatakan fokus utama pasaran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah di sekitar daerah Teluk Intan dan Sabak Bernam. Bagi kawasan lain yang berhampiran atau agak jauh mahupun di seluruh semenanjung adalah fokus sampingan pasaran. Namun terdapat juga produk yang berpotensi dipasarkan melebihi fokus utama iaitu seperti lukisan dan sebagainya.


* posting ini masih dalam proses penyiapan dan akan sentiasa dikemaskini untuk menyampaikan maklumat terbaru tentang produk dan perkhidmatan oleh komuniti.

No comments: